Sat05262018

LAST_UPDATESat, 26 May 2018 10am

Kilang Proses Tuna Dibina Di Bagan Datuk

BAGAN DATUK: Sebuah kilang memproses ikan tuna akan dibina di Bagan Hutan Melintang dekat sini tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kilang tersebut akan dibangunkan di atas tanah seluas 8.1 hektar.

Menurut Ahmad Zahid, apabila siap kilang berkenaan akan memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya.

“Perak menyumbang kira-kira 25 peratus produk hasil laut negara dan sebahagian besarnya datang dari Bagan Hutan Melintang

“Tetapi nelayan-nelayan di sini merungut tidak ada kilang dan industri yang besar, jadi rakan saya di Persatuan Nelayan cadangkan buka sebuah kilang memproses tuna di Bagan Hutan Melintang dan saya bersetuju sebuah kilang ikan tuna yang terbesar dibuat di sini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap di majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-35 Persatuan Hai Suah Hutan Melintang dan Perayaan Tahun Baharu Cina di Dewan Tokong Xian Fa Shi Gong di Hutan Melintang dekat sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE