Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 9am

Seorang Dalam Setiap Rumah Harus Mempunyai Pengetahuan CPR - Ang

Datuk Seri Ang Lai Soon.Datuk Seri Ang Lai Soon.KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya seorang dalam setiap rumah harus mempunyai pengetahun dalam “Cardio Pulmanary Resuscitation” (CPR)  untuk menyelamatkan nyawa terutama orang tersayang semasa kecemasan. 

Pengerusi merangkap Komander St John Ambulance Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon berkata memupuk pengetahuan, minat dan kesedaran umum dalam menyelamatkan nyawa adalah kebaikan bersama yang setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan penting sebagai warganegara yang bertanggungjawab. 

"Mempunyai pengetahuan CPR untuk menyelamatkan nyawa seseorang, yang mungkin orang sama yang tersayang, patut dipertimbangkan ketika menyambut Tahun Baharu?

"CPR , yang merupakan sebahagian daripada Pertolongan Cemas adalah tanggungjawab individu dan kolektif untuk kita capai di seluruh negara,” kata beliau dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina, hari ini.

Ang berkata cadangannya supaya pengajaran CPR  menjadi  subjek wajib di institusi pengajian tempatan telah diterima baik oleh kerajaan persekutuan dan negeri. 

"Saya berharap dan berdoa semoga semua akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya cadangan itu dapat dilaksanakan dalam masa yang sesingkat mungkin demi menyelamatkan lebih banyak nyawa,” katanya.

Ang berkata Tahun Baharu adalah masa untuk menjadikan cadangan itu sebagai objektif yang jelas oleh semua orang, individu dan secara kolektif dan menjadikanya antara keutamaan bagi Tahun Baharu Lunar yang bermula pada Jumaat.

-- BERNAMA