Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 9am

Ketua Polis Singapura Terima Anugerah Tertinggi Indonesia

JAKARTA - Indonesia hari ini memberi anugerah berprestij kepada Pesuruhjaya Pasukan Polis Singapura (SPF), Hoong Wee Teck sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang beliau kepada kemantapan keselamatan di rantau ini.

Anugerah Bintang Bhayangkara Utama (Pingat Penghormatan) disampaikan kepada Wee Teck oleh Ketua Polis Republik Indonesia Tito Karnavian sebagai wakil kepada Presiden Indonesia Joko Widodo, menurut SPF dalam kenyataan medianya.

Anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi yang diberikan oleh Polis Republik Indonesia kepada individu atas sumbangan cemerlang dan kerjasama mereka.

“Saya berbesar hati kerana menerima Anugerah Bintang Bhayangkara Utama oleh Pemerintah Republik Indonesia.

“Ini adalah bukti hubungan kerjasama yang kukuh dan persahabatan yang sudah lama terjalin antara kedua-dua pasukan polis.

"Pasukan Polis Singapura akan terus bekerjasama dengan Polis Negara Republik Indonesia dalam membanteras jenayah rentas sempadan dan keganasan”. kata Wee Teck.

- CNA