Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 9am

Sanggup Berkorban Kerana Pakatan Harapan

KUALA NERANG - Seorang anak generasi kedua Felda Lubuk Merbau sanggup menunggang motorsikal beratus kilometer dem menunjuk semangatnya kepada Pakatan Harapan (Harapan) .

Nor Zaidi Ahmad, 48, atau lebih dikenali dengan nama Awang Khoi berkata, dia mula menunggang motorsikal selepas menjadi ahli Bersatu bulan lalu.

Katanya, dia sanggup menunggang motorsikal beratus kilometer dengan membawa bendera Harapan supaya masyarakat hari ini turut menyokong parti itu bagi membuat perubahan pada pilihan raya nanti.

“Saya sungguh kecewa dengan BN sehingga menyebabkan segala janji mereka gagal ditunaikan. Ini menyebabkan saya sanggup memasang empat bendera Harapan di belakang motorsikal Kriss supaya menyemarakkan lagi semangat masyarakat bagi menyokong Harapan.

“Kini sudah sampai masanya masyarakat hari ini membuat perubahan selepas golongan marhain seperti saya ini turut dikenakan pelbagai cukai hingga memberi tekanan dalam kehidupan hari ini,” katanya.

Menurut Nor Zaidi, sebelum ini setiap kali ke luar dia terpaksa menggunakan wangnya sendiri bagi mengisi minyak serta makan. Bagaimanapun perjalanannya mula mendapat perhatian dari seorang ahli perniagaan di Kuala Nerang yang sanggup membantu memberi pelbagai kemudahan.

‘Sehingga kini saya sudah menunggang motorsikal hingga ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Saya juga mahu menunggang motorsikal ke semua kawasan parlimen di Kedah bagi mempromosikan Harapan kepada pengundi terutamanya semasa program ceramah .

“Saya sungguh gembira kerana setiap kali sampai di tempat ceramah akan mendapat sambutan dari penyokong Harapan. Perjuangan saya ini diharap dapat membantu masyarakat supaya dapat melakukan perubahan politik di negara kita semasa pilihan raya nanti,” katanya yang juga bekas ahli Umno.

Menurut Nor Zaidi, dalam perjalanannya menghadapi hujan dan panas, dia juga tidak terlepas dari sebotaj dari pihak tertentu yang kurang senang dengan tindakannya itu.

“Pernah semasa tertidur di masjid kerana terlalu letih tayar motorsikal saya ditoreh oleh pihak tidak tertentu hingga terpaksa mencari kedai bagi membaiki motorsikal.

"Bagaimanapun tindakan itu tidak pernah melemahkan semangat saya untuk terus menunggang motorsikal bagi memberi semangat masyarakat hari ini melakukan perubahan,” katanya.

-Sinar Harian