Sun02252018

LAST_UPDATEMon, 26 Feb 2018 8am

[VIDEO] Bila Mahathir Nak Berubah? Dari Dulu Sampai Sekarang Rasis, Takut Cina Dominasi Melayu

Ada satu sahaja cara untuk menterjemahkan video ucapan rasis oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Secara retrospektifnya, ucapan tersebut mungkin disampaikan dihadapan hadirin Melayu sahaja didalam majlis tertutup pada zaman politik berlainan dari sekarang, tetapi jangan haraplah pemimpin politik zaman sekarang akan terus mendapat sokongan jika dirakam menyampaikan ucapan rasis sebegini.

Portal MYKMU.net menerusi akaun twitternya baru-baru ini berkongsi sebuah klip video lama, mengingatkan bahawa Mahathir dan rakan karibnya kini, Lim Kit Siang dahulunya merupakan musuh.

"Macam ni ucapan Pengerusi PPBM? Rasisnya beliau. Ini ayat dari Mahathir sendiri, beliau yang kata.," tweet portal berita berkenaan.

Bibit akhir video tersebut menunjukkan sebahagian petikan deklamasi sajak 'Melayu Mudah Lupa' yang disampaikan oleh Dr Mahathir semasa Perhimpunan Agung UMNO pada 2001.

Ianya merujuk kepada sebuah video ucapan bekas perdana menteri itu lebih sedekad lalu yang viral kembali viral dan dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Disember tahun lalu selepas Mahathir tanpa berselindung menghadiri Konvensyen Kebangsaan DAP.

Hari ini, Dr Mahathri dan Kit Siang duduk sebelah-menyebelah semasa himpunan dan ceramah Pakatan Harapan, dan menyokong satu sama lain apabili diserang oleh bekas anggota parti Mahathir didalam Barisan Nasional.

Tiada siapa yang menjangkakan bagaimana Dr Mahathir boleh menggenggam erat tangan Kit Siang selepas mengutarakan kata-kata rasis terhadap Penasihat DAP itu dengan penuh rasa geram pada masa lampau, apabila beliau menimbulkan ketakutan yang tinggi bahawa masyarakat Melayu akan ditindas sekiranya Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

"Kalau dia (Kit Siang) fill up (penuhkan) jabatan-jabatan kerajaan dengan orang Cina, apakah mereka tidak akan menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan mereka?

"Kalau kita kaji sejarah Malaysia merdeka, kuasa orang Cina pada hari ini lebih tinggi berbanding kuasa yang mereka ada semasa awal kita mencapai kemerdekaan," kata Dr Mahathir sambil menambah pada zaman dahulu masyarakat Cina langsung tidak berani untuk menuntut negara ini milik mereka.

Didalam video berkenaan, Dr Mahathir turut memberi amaran kepada pengundi Melayu bahawa pergaduhan sesama sendiri hanya melemahkan orang Melayu sendiri, dan memberi peluang masyarakat Cina merampas kuasa.

Cina rampas kuasa Malaysia macam biasa dengarkan?

Hari ini, Dr Mahathir mengulangi dakwaan sama bahawa Cina akan mendominasi Malaysia, tetapi kali ini beliau menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menjual Malaysia kepada pelabur China.

Kemuncak kepada kemarahan Dr Mahathir terhadap tindakan Najib menjual negara kepada China apabila Proton menjual sahamnya kepada syarikat automotif dari China, Geely Automobil Holding, tahun lalu.

Masih belum boleh menerima kenyataan, Dr Mahathir terus mencipta kontroversi dengan menakut-nakutkan pengundi Melayu bahawa ianya adalah satu bentuk dominasi Cina terhadap Melayu, cuma kali ini Cina tersebut dari tanah besar China.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai membidas Dr Mahathir kerana bermain sentimen politik berkaitan hubungan Malaysia-China dihadapan Duta Besar China ke Malaysia, baru-baru ini.

Kata Tiong Lai, dakwaaan Dr Mahathir bahawa pembinaan Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) adalah simbol kepada 'Tembok Besar China' yang melambangkan 'pengambilalihan China' dan 'penjajahan China' ke atas Malaysia hanyalah satu lagi cara Dr Mahathir untuk menakut-nakutkan masyarakat Malaysia.

- mD