Sun05202018

LAST_UPDATESun, 20 May 2018 9pm

Parlimen Belanda Kemuka Usul Tidak Percaya

Menteri Luar, Halbe Zijlstra mengumumkan peletakan jawatannya.Menteri Luar, Halbe Zijlstra mengumumkan peletakan jawatannya.

THE HAGUE: Ahli Parlimen Belanda memulakan proses undian usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Mark Rutte, semalam, selepas Menteri Luar, Halbe Zijlstra mengumumkan peletakan jawatannya.

Zijlstra meletak jawatan selepas didapati menipu berhubung pertemuannya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Proses undian itu diterajui Ahli Parlimen, Geert Wilders yang menyelar skandal itu dan menganggap ia sebagai 'sesuatu yang tidak dapat diterima'.

Parti gabungan yang diketuai oleh Rutte hanya mempunyai satu kerusi majoriti di Dewan Rakyat yang mempunyai 150 kerusi, namun media tempatan menjangkakan sukar untuk usul itu diluluskan.

- Agensi