Thu02222018

LAST_UPDATEWed, 21 Feb 2018 10pm

Banjir Di Sarawak Kian Pulih

Foto fail: BernamaFoto fail: BernamaKUCHING: Banjir di Sarawak kian beransur pulih setakat pukul 8 malam ini apabila mangsa banjir menurun kepada 3,173 mangsa daripada 991 keluarga yang masih berada di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian.

Pagi tadi, seramai 4,444 orang mangsa banjir direkodkan yang ditempatkan di 24 PPS.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, seramai 575 mangsa banjir dicatatkan di Serian, Sarikei (lapan mangsa), Sibu (1,167 mangsa), Mukah (107 mangsa), Bintulu (1,183 mangsa) dan Limbang (133 mangsa).

Dua PPS di Serian iaitu Dewan Kampung Slabi Entukuh dan Dewan Bale Buk Jan Jun manakala satu PPS di Mukah (SK Parish, Balingian) telah ditutup sejak pukul 4.30 petang tadi.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataannya melaporkan sejumlah 4,273 murid, 635 guru dan 286 staf sokongan di 48 buah sekolah masih lagi terjejas akibat banjir.

-BERNAMA