Thu02222018

LAST_UPDATEThu, 22 Feb 2018 2pm

Powerbank Bukan Punca Kebakaran

Foto: Sinar HarianFoto: Sinar HarianJITRA: Kejadian kebakaran sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V di pekarangan Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, di sini semalam bukan berpunca daripada power bank.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mustakim Mukhtar berkata, beliau menafikan dakwaan kebakaran itu disebabkan power bank seperti yang ditularkan di Facebook sejak semalam.

"Siasatan awal yang dijalankan juga mendapati tiada power bank ditemui di dalam kenderaan tersebut.

"dan kita juga menolak kemungkinan ia angkara perbuatan khianat,"katanya.

Menurutnya, bahagian forensik telah mengambil sampel pada kenderaan tersebut dan memerlukan sedikit masa untuk dianalisa bagi mengetahui punca sebenar.

"Hasil siasatan awal mendapati kemungkinan kebakaran bermula dari bahagian pemuka kenderaan.

"Bagaimanapun kita masih menunggu hasil analisa berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran,"katanya.

Semalam, rakaman video mengenai kebakaran berkenaan tular di facebook,sehingga timbul pelbagai dakwaan orang ramai yang mengatakan ia berpunca daripada power bank dan juga perbuatan khianat.

-Sinar Harian