Tue12122017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 10am

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Kebakaran Hutan

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kebakaran hutan di selatan California, Amerika Syarikat sejak Isnin lalu yang kini merebak ke kawasan seluas 28,600 hektar, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Kebakaran yang berlaku di Venture County itu sudah memusnahkan sekurang-kurangnya 150 bangunan, manakala seramai 46,000 penduduk dipindahkan ke kawasan selamat oleh pihak berkuasa tempatan.

"Kementerian Luar menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa dalam insiden itu. Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles sedang memantau keadaan semasa dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya," kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini.

Pada Selasa, Datuk Bandar Los Angeles, Eric Gracetti mengumumkan status darurat bagi mengagihkan bantuan kecemasan kepada mangsa di kawasan terjejas.

- Bernama