Tue12122017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 10am

Kampung Bedal Dilanda Banjir Kilat

KUALA KRAI - Jalan Bukit Sireh ke Kampung Bedal dilanda banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak jam 1 petang tadi.

Jalan ini dinaiki air kurang 1 meter dengan jarak sekitar 100 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai,Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata,pihaknya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir.

"Bomba sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Sehingga berita ini ditulis, jalan masih boleh dilalui semua kenderaan.

-Sinar Harian