Sun12172017

LAST_UPDATESun, 17 Dec 2017 3pm

Najib Kesal DAP Sering Tunjuk Belang

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kesal dengan kerajaan Pulau Pinang yang sering menunjukkan belang bagi menggoyahkan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan.

Ibarat ‘susu dihulurkan, tuba pula jadi balasan', Najib yang juga merupakan Presiden Umno menyifatkan manifestasi 'perangai buruk' DAP itu adalah pembohongan yang perlu ditangkis segera.

"Sewaktu Saya umumkan peruntukan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sungguh berterima kasih kepada kita.

"Tetapi, apabila tiba waktu undi untuk meluluskan Bajet 2018, ahli-ahli Parlimen pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP, telah menolak Bajet 2018.

"Malah, sewaktu banjir besar di Pulau Pinang, pada 5 November lalu, Guan Eng, merayu sehingga hampir menangis ketika menelefon Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana

Menteri, memohon bantuan seraya menyebut, selamatkan Pulau Pinang, selamatkan Pulau Pinang," katanya ketika berucap dalam Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2017 hari ini.

Tambah Najib, DAP sekali lagi menunjukkan belangnya apabila sanggup menolak bantuan yang cuba dihulur kerajaan Persekutuan.

"Sudahlah tidak menyokong Bajet 2018, ditolak pulak bantuan Bajet yang nak dihulurkan oleh kerajaan Persekutuan.

"Sedangkan mereka yang merayu dan meminta.

"Selepas itu, apabila saya dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Pulau Pinang, dituduhnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan semasa banjir," ujarnya lagi.

-Sinar Harian