Thu12142017

LAST_UPDATEWed, 13 Dec 2017 11pm

Sheila Majid Merungut Hidup Susah 'Disekolahkan' Peminat Dan Netizen

Baru sahaja reda isu Fathia Latiff cuba untuk 'acah-acah' bijak ekonomi untuk menaikkan populariti, seorang lagi artis suam-suam kuku tampil mencetuskan kontroversi di media sosial merungut hidup zaman sekarang susah.

Penyanyi Datuk Sheila Majid menerusi twitter merintih hidup kini susah disebabkan oleh kelemahan mata wang ringgit dan sukar untuk mendapatkan perkerjaan.

"Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup meningkat dan pekerjaan kurang. Rakyat Malaysia sudah letih dan marah kerana ditekan hutang yang tidak dicipta mereka. Berhenti beri alasan dan mula cari salah. Fokus kepada usaha mengembalikan negara di landasan. (Malaysia) Mengecewakan," tulisnya di twitter.

Seperti Fathia, tweet Sheila turut mendapat kecaman netizen mendesak selebriti veteran itu menulis menggunakan fakta dan bukannya perasaan.

"Jangan jadi macam Fathia hanya kerana kamu obses kepada Tun M. Konsert kamu bukannya murah. Kamu sepatutnya orang yang terakhir mengadu pasal kos hidup," kata netizen Mozas My sebagai respon rungutan kepada selebriti Datuk Sheila Majid di twitter.

Konsert dimaksudkan Mozah adalah 'Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017' dimana tiket berharga antara RM98 sehingga RM888 habis dijual.

Pada waktu nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat adalah RM4.28 kepada 1 USD, jauh lebih mahal berbanding sekarang.

Turut memberikan komen adalah Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz yang menggesa penyanyi berusia 52 tahun itu tweet menggunakan fakta.

"Negara kita berada dilandasan. Sendiri buat hutang, sendiri bayar. Siapa pula buat hutang yang u kena bayarkan pula? Cuba cerita," tweet balas Tun Faisal kepada Sheila.

Kenyataan Sheila mendapat liputan meluas dan seorang 'peminat' menulis surat terbuka di Facebook merungkai segala rungutan yang disampaikan oleh penyanyi berkenaan.

Surat ditulis oleh penganalisis politik, Lim Sian See menjelaskan kehidupan kini tidak seperti 1998 dimana harga adalah murah pada waktu itu.

"Ya harga sudah meningkat tetapi begitu juga pendapatan kita. Secara keseluruhan, rata-rata rakyat Malaysia mempunyai kehiduan lebih berkualiti dan standard lebih baik daripada 1990-an.

"Bagi mata wang pula, kita berada pada RM3.80 bagi setiap USD selama 7 tahun ketika Mahathir menambaknya pada 1998. Selepas ianya tidak lagi ditambak nilainya kekal untuk sekian tempoh lama.

"Sekarang nilainya RM4.06 - atau 6.8% lemah berbanding RM3.80," ujarnya dipetik kenyataan.

LSS kemudiannya mempertikaikan mengapa Sheila bersuara kini sedangkan sewaktu dirinya popular ketika 1990-an dahulu, mata wang jatuh daripada RM2.40 kepada RM3.80 tetapi tidak mengkritik kerajaan Perdana Menteri ketika itu.

"Kamu tidak bersuara menentang Mahathir ketika mata wang kita tiba-tiba jatuh menjunam 60% daripada RM2.40 kepada RM3.80, kadar penangguran meningkat apabila puluhan ribu pekerja diberhentikan sementara banyak syarikat gulung tikar.

"Ya,dulu kamu membisu.

"Kita sepatutnya tidak mencari salah atau memberi alasan dan memperbetulkan negara, kita juga tidak sepatutnya terpengaruh dengan propaganda dan membuat kenyataan yang tidak benar sepenuhnya.

"Kita sepatutnya mempunyai minda positif - bukan sebaliknya," tulis LSS dalam surat terbuka kepada Sheila

- mD