Tue11212017

LAST_UPDATETue, 21 Nov 2017 8am

Proton Makin Dewasa: Suprima Juara Di Sepang, Iriz Jaguh Di United Kingdom

Aksi Proton Iriz R5 di Kejuaraan Malton Forest Rally di United KingdomAksi Proton Iriz R5 di Kejuaraan Malton Forest Rally di United Kingdom

Dunia permotoran Proton semakin gah dengan siri kemenangan demi kemenangan apabila muncul juara dalam cabaran Sepang 1,000 kilometer (S1K) 2017 serta muncul ditempat ketiga keseluruhan dalam kejohanan MEM Malton Frost Rally di United Kingdom, minggu lalu.

Di Sepang, Proton Suprima S talaan 'performance division' Proton, R3, berjaya menumpaskan 23 pasukan lain dalam endurance 181 pusingan S1K di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), menenggelamkan gandingan juara bertahan Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, Keifli Othman dan Patrick Tam dari pasukan Maxx Mayhem Nanoplus yang memandu jentera Honda Jazz.

Selain Suprima S (#82) panduan oleh Admi Shahrul Ahmad dan James Veerapan, Proton R3 turut mempertaruhkan model Proton Iriz (#81) yang dipacu oleh Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali.

Suprima S menamatkan keseluruhan perlumbaan dengan catatan masa 8 jam 48.29268 minit.

"Siapa sangka saya mampu memang sekali lagi di sini. Apapun kejayaan ini milik pasukan selepas bekerja keras untuknya biarpun sedikit bergelut pada awal perlumbaan," katanya dipetik Berita Harian.

Tempat ketiga cabaran S1K dimenangi oleh pasukan Tedco Racing yang menggunakan jentera Suzuki Swift.

Pemandu Tedco Racing dibarisi oleh Nick Mah, Chris O'Shannessy dan Fitra Eri.

Proton Iriz R3 menamatkan perlumbaan ditempat ke-5.

Bukan sekadar jaguh kampung

Diperingkat antarabangsa pula, gandingan Mellors Elliot Motorsport (MEM) dan Proton sekali lagi membuahkan hasil apabila Proton Iriz R5 menjadi johan bagi kategori R5 pada kejohanan Malton Forest Rally, di United Kingdom.

Secara keseluruhan Proton Iriz R5 menamatkan perlumbaan ditempat ketiga dibelakang dua jentera Ford Fiesta RS WRC, tetapi masih muncul pertama dalam kategori R5.

Iriz dipandu oleh Mellors Oliver dan pembantu pilot Ian Windress menamatkan saingan dengan catatan masa 39 minit.11 saat, 26 saat dibelakang pendahulu rali.

Oliver menerusi catatan Facebook selepas perlumbaan menyatakan rasa kagum terhadap jentera panduannya ekoran tiada sebarang kerosakan sepanjang hari perlumbaan.

"Untuk mencatatkan masa terpantas dalam peringkat kompetitif pertama bagi Proton Iriz R5 adalah fantastik dan rali dihabiskan dengan kedudukan ketiga keseluruhan dengan hanya ditewaskan dua jentera WRC serta menewaskan semua kereta R5.

"Peringkat pada rali adalah sangat laju dengan kelajuan purata melebihi 60 bs/j (96 km/j) pada setiap peringkat dan kelajuan maksimum dicatatkan melebihi 200 km/j!” kata Oliver.

Gandingan MEM-Proton mengeluarkan Iriz R5 adalah yang kedua selepas kejayaan pada model Proton Satria S2000 sebelum ini.

Foto:CaretaFoto:Careta

- mD