Mon10232017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Ibu Lacurkan Anak, Jadi Pelanggan Bapa Saudara

LAWAS: Seorang lelaki ditahan, dipercayai merogol pelacur, yang juga anak saudaranya dalam kejadian di sini, Isnin lalu.



Lapor The Star, lelaki berusia 23 tahun itu yang terkejut mendapati pelacur yang dibawa ke hotel itu merupakan anak saudaranya, mendakwa tidak melakukan hubungan seks selepas mengetahui identitinya.

Mangsa berusia 14 tahun, dipercayai dilacurkan ibunya sendiri untuk melangsaikan hutangnya.

Namun tidak jelas mengapa lelaki itu tidak cam anak saudaranya sejak dari awal lagi.

Lelaki itu ditahan pada Isnin lalu pada jam 9.30 malam.

Ibu remaja itu ditahan pada petang Ahad lepas, manakala pemilik pusat karaoke yang dipercayai bersubahat dengan wanita berkenaan untuk menawarkan khidmat seks juga ditahan di Balai Polis Lawas.

Tindakan ibu remaja itu hanya terbongkar selepas ketua kampung mendapat tahu situasi remaja berkenaan, lalu membawanya membuat laporan polis.

Remaja itu memberitahu polis, seorang lelaki membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke itu sebelum merogolnya 3 kali di sebuah hotel.

Lelaki berkenaan direman selama tujuh hari.

- Antarapos