Thu10192017

LAST_UPDATEMon, 23 Oct 2017 9am

Lelaki Bersenjata Tembak Mati 2 Pengawal Diraja

RIYADH: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua pengawal diraja dan mencederakan tiga yang lain di pintu pagar istana, bandar Laut Merah Jeddah.

Kementerian Dalam Negeri berkata, lelaki berusia 28 tahun dikenali pasti sebagai rakyat Arab Saudi itu bersenjatakan Kalashnikov dan tiga bom tangan, ditembak mati pengawal diraja selepas melakukan serangan.

"Seorang lelaki keluar daripada sebuah kereta dan terus melepaskan tembakan ke arah pos kawalan diraja," kata satu kenyataan yang disiarkan agensi Saudi Press.

Menurut kenyataan itu, serangan lelaki terbabit menyebabkan dua pengawal terbunuh dan pengawal lain bertindak balas terhadap penyerang.

Terdahulu kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi memberi amaran kepada rakyatnya berhubung laporan serangan terbabit.

Amaran itu dikeluarkan sejurus selepas polis Arab Saudi menyerbu tempat persembunyian pengganas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan militan Daesh minggu ini menyebabkan dua terbunuh dan lima lagi ditahan.

-Agensi