Wed12132017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 11pm

Insiden Rempuhan Di Muzium London Tiada Kaitan Keganasan

Foto: ReutersFoto: ReutersLONDON: Polis mengesahkan insiden kemalangan di luar sebuah muzium di London yang mencederakan 11 orang tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.

Dalam kejadian petang semalam, sebuah Toyota Prius merempuh orang-ramai yang berada di luar Muzium Natural History di South Kensington.

Rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter menunjukkan seorang lelaki, dipercayai pemandu kenderaan terbabit, berjaya ditahan.

Polis Metropolitan kemudian berkata, kejadian itu dianggap sebagai kemalangan jalan raya dan seorang lelaki berusia 40-an telah ditangkap di tempat kejadian.

Suspek ditangkap kerana disyaki memandu secara berbahaya dan menerima rawatan hospital sebelum dibawa ke balai polis di utara London untuk disoal siasat.

-Agensi