Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 2am

Penganjur Better Beer Festival Tidak Cadang Tukar Lokasi

PIHAK penganjur 'Better Beer Festival' tidak bercadang menukar lokasi setelah majlis yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur bulan depan ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seorang jurucakap penganjur itu ketika memberitahu Sin Chew Daily, buat masa ini, oleh kerana pihaknya tidak bercadang menukar lokasi, maka pihaknya tidak akan membuat sebarang permohonan menganjurkannya di negeri lain.

"Kami tidak cadang memohon dengan negeri-negeri lain. Kalau mohon pun, tidak semestinya akan diluluskan," katanya.
 

Pesta arak tersebut dijadualkan diadakan pada 5 dan 6 Oktober depan, selepas pertama kali diadakan pada 2012 dan kali kedua tahun lalu.

Sekiranya ia diluluskan, penganjur dikatakan akan membawa 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak untuk memenuhi cita rasa pengunjung.

Sementara itu, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Siew Ka Wei berkata, pihaknya tidak boleh campur tangan keputusan yang telah dibuat oleh DBKL.

Ditanya apakah pembatalan 'pesta arak' itu bakal menjejaskan industri pelancongan di Malaysia, kata Ka Wei, walaupun keputusan itu pastinya akan mengecewakan beberapa pihak, sebaliknya ia turut disambut baik oleh beberapa pihak lain.

- Sinar Online