Fri09222017

LAST_UPDATEFri, 22 Sep 2017 8am

Sekurang-Kurangnya 25 Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz Di Keramat

KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Sekurang-kurangnya 25 maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, pihaknya masih mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terkorban dan cedera.

Mangsa yang terkorban kebanyakannya adalah pelajar, manakala yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.

Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang.

-- BERNAMA