Mon08212017

LAST_UPDATEMon, 21 Aug 2017 6pm

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Bermula Selasa

KUALA LUMPUR - Angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora diramal berlaku di kawasan perairan Phuket, Reef North dan Layang-Layang pada Selasa hingga Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Johor Timur, Sabah, Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Palawan dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil," kata kenyataan itu.

- Bernama