Thu08242017

LAST_UPDATEThu, 24 Aug 2017 9am

Tambah Premis, TNB Mudahkan Pembayaran Bil Elektrik

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menambah lebih 17,000 premis bagi pembayaran bil elektrik melalui e-Pay dan lebih 2,000 kedai 7 Eleven di seluruh negara.

Pengurus Besan Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian, Ir Kamaliah Abdul Kadir berkata, saluran pembayaran bil elektrik itu membantu orang ramai.

“Penambahan saluran pembayaran TNB ini adalah usaha berterusan dan perkhidmatan yang memberi nilai tambah kepada pelanggan. 

“Pembayaran bil TNB juga boleh dibuat pada bila-bila masa di kedai, 7 Eleven yang berhampiran,” katanya.

Menurutnya, bil juga boleh dijelaskan di Pos Malaysia, premis bank terpilih, perbankan internet.stesen Petronas yang menggunakan sistem e-Pay, malah kedai runcit dan pasar raya besar terpilih.

TNB turut menawarkan peluang memenangi rebat tunai untuk bil elektrik RM50 kepada mereka yang menggunakan e-Pay sehingga 9 September 2017.

-Sinar Harian