Tue12122017

LAST_UPDATETue, 12 Dec 2017 12am

1MDB Sah Berjaya Bayar Hutang IPIC AS$360 Juta

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengesahkan berjaya membayar hutang bernilai AS$360 juta (kira-kira RM1.55 bilion) kepada International Oilfield Investment Co (IPIC).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, 1MDB berkata pembayaran itu adalah berdasarkan pindaan bertarikh 8 Ogos kepada surat ikatan penyelesaian dengan Menteri Kewangan Diperbadankan Malaysia (MoF Inc) dan pihak IPIC.

“1MDB kini telah memindahkan setakat ini, bersamaan AS$360 juta kepada IPIC. Baki asal obligasi pembayaran sepatutnya pada 31 Julai 2017 kepada IPIC adalah sewajarnya sekarang ditunda kepada 31 Ogos 2017,” katanya.

Syarikat sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu malahan berkata bahawa semua dana dibayar kepada IPIC yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu itu adalah dari hasil program rasionalisasi yang berterusan.
Advertisement

Pada 8 Ogos, IPIC telah bersetuju untuk memberikan MoF Inc dan 1MDB satu pelanjutan kepada akhir Ogos untuk memenuhi obligasi pembayaran mereka sekiranya bayaran sekurang-kurangnya AS$310 juta dibuat pada 12 Ogos.

Ia hasil susulan langkah 1MDB melepaskan tarikh akhir pembayaran yang asalnya daripada 31 Julai lalu serta lanjutan penyambungan lima hari berikutnya akibat timbul masalah teknikal.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA