Fri10202017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Pulau Luzon Bergegar

Foto: ReutersFoto: Reuters

GEMPA bumi dengan kekuatan 6.2 magnitud melanda Pulau Luzon di utara Filipina, 1.28 tengah hari tadi.

Gegaran dikatakan dapat dirasakan sehingga Manila.

Menurut laporan, gempa bumi itu menyebabkan bangunan bergoyang dan memaksa pekerja pejabat dan pelajar sekolah meluru keluar untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini tidak ada laporan mengenai kematian atau kecederaan.

Amaran tsunami juga tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa Filipina yang menjangka kemungkinan berlaku gempa susulan selepas ini.

Filipina sering dilanda gempa bumi kerana terletak di atas Lingkaran Api Pasifik.

 

- Agensi/Harian Metro