Sun07232017

LAST_UPDATESun, 23 Jul 2017 9pm

MRT Projek 'Rare' Bertaraf Dunia... Tiada Kroni, Hanya Yang Terbaik - Najib

Tujuh tahun lalu, projek Aliran Transit Massa (MRT) hanyalah secebis idea diatas sekeping kertas dan hari ini ianya menjadi sebuah projek gergasi yang akan menjadi kebanggan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam temubual didalam MRT sewaktu perjalanannya ke stesen Kajang untuk melancarkan Fasa kedua MRT laluan Sungai Buloh-Kajang, Najib berkata, projek ini bukanlah 'one man show' tetapi hasil kerjasama erat bersama rakan sekerjanya yang lain.

"Hari ini kita melihat pelancarana MRT Line 1 dan saya secara peribadi merasakan kita telah melakukan sesuatu yang signifikan kepada rakyat Malaysia. Itu yang saya rasakan sekarang.

"Dan pastinya, kejayaan ini turut dibantu oleh rakan sekerja saya. Ianya bukan kerja saya seorang," kata Najib.

Tambahnya, pelbagai cabaran dihadapi didalam sepanjang pembinaan projek mega ini termasuk protes dari pihak berkepentingan, masalah teknikal, kelewatan jadual pembinaa serta kekangan bajet.

"Tetapi kita kini boleh berbangga bahawa ini adalah sebuah projek Malaysia, diuruskan oleh rakyat Malaysia dengan bantuan teknikal daripada pakar asing," katanya lagi.

"Memastikan projek gergasi ini mencapai kejayaan, siap lebih awal daripada jadual asal, dan dibawah bajet, saya rasa ianya sesuatu yang jarang sekali (rare) dilakuan oleh mana-mana negara asing sepertimana Malaysia.

Justeru, projek ini kata Najib perlu menjadi kebanggan kepada rakyat dimana sebuah infrastruktur bertaraf dunia kini sudah bertapak didalam negara.

"Projek MRT Line 1 adalah suatu bentuk perkara yang bakal diterima rakyat. Ianya mengenai masa depan Malaysia. Membawa perkhidmatan bertaraf dunia ke dalam Malaysia dan Malaysia menjadi negara bertaraf dunia.

Dalam pada itu, ketika menyampaikan ucapan perasmian MRT Fasa 2, Najib menjelaskan penyertaan kontraktor Bumiputra bagi keseluruhan pembinaan MRT telah mencapai penglibatan 50% serta 51% peniaga di semua stesen MRT terdiri daripada peniaga Bumiputra.

"Apa yang menarik saya nak tekankan di sini, bila kita nak laksanakan agenda Bumiputra, ia tidak menyebabkan projek ini terlambat ataupun mengganggu pelaksanaannya dengan syarat, projek itu diberikan kepada Bumiputra yang layak. Jangan bagi kepada kroni. Bagi kepada Bumiputra yang layak.

"Kita telah membuka tender dalam kalangan syarikat Bumiputra dan syarikat yang terbaik sahaja dari segi prestasi teknikal dan tawaran harga dianugerahkan projek ini. Bererti syarikat Bumiputra mampu mengendalikan projek-projek seperti ini dengan syarat mereka bersaing sesama sendiri dan yang terbaik akan dianugerahkan projek sebegini," ujarnya.

Tegasnya lagi, MRT juga merupakan anjakan paradigma kepada penstrukturan pengangkutan awam serta Langkah Kajang sebenar.

"Kita menyaksikan pembukaan rasmi laluan MRT Sungai Buloh - Kajang. Satu game changer, satu lonjakan berganda. The real kajang move (Langkah Kajang sebenar)yang pasti akan membawa peubahan ketara dalam kehidupan harian warga kota dan jua rakyat Malaysia dan juga mereka yang melawat sebagai pelancong," kata Najib

- mD