Fri07282017

LAST_UPDATEFri, 28 Jul 2017 2pm

Polis Beri Kebenaran Himpunan RUU 355 Di Padang Merbok

KUALA LUMPUR: Polis memberi kelulusan bagi penganjuran Perhimpunan RUU 355 untuk mengadakan perhimpunan aman di Padang Merbok di sini, 18 Febuari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya akan menutup Dataran Merdeka dan sebahagian laluan di Jalan Parlimen pada hari penganjuran perhimpunan berkenaan.

"Kami akan menutup Dataran Merdeka dan sebahagian laluan di Jalan Parlimen pada 18 Febuari ini bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam.

"Pada masa yang sama, kami akan menempatkan anggota dan pegawai polis mencukupi di lokasi perhimpunan itu dan kawasan sekitarnya bagi menjaga keselamatan awam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, penganjur dan peserta perhimpunan itu diminta mematuhi peratutan yang tertakluk mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012 dan arahan semasa yang dikeluarkan pihak polis.

- Harian Metro