Mon12112017

LAST_UPDATEMon, 11 Dec 2017 10am

Puluhan Ribu Beri Penghormatan Terakhir

KUCHING - Puluhan ribu umat Islam hadir di Masjid Jamek Sarawak, di sini bagi menunaikan solat jenazah Allahyarham Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang selamat disemadikan sebentar tadi.

Menulis di laman Facebooknya, Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya menzahirkan rasa terharunya dengan kehadiran begitu ramai sehingga menyebabkan masjid itu lebih sesak daripada Hari Raya Aidilfitri.

"Penghormatan luar biasa daripada puluhan ribu manusia... Terkesima melihat suasana ini. Masjid Jamek Negeri Sarawak melimpah keluar, jauh lebih ramai daripada suasana solat Hari raya Aidilfitri," tulis bekas Mufti Perlis itu.

Katanya lagi, kasih sayang rakyat adalah sesuatu yang pasti diperolehi oleh pemimpin yang mengasihi dan mengutamakan kehendak denyut nadi keperluan rakyat.

"Semoga ALLAH kurniakan keampunan dan kemaafan untuk Almarhum Datuk Patinggi," tulisnya lagi.

Sebelum itu, seawal pagi tadi orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat terus hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di kediamannya di Damai Jaya, Santubong, Sarawak.


- SH