Thu08242017

LAST_UPDATEThu, 24 Aug 2017 9am

Najib Pengerusi Mesyuarat OIC Bincang Isu Rohingya Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Menteri Luar negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan pertemuan di sini, minggu depan bagi membincangkan krisis etnik Rohingya, kata seorang pegawai kepada AFP, hari ini.



Dalam mesyuarat yang bakal diadakan 19 Januari itu, dijangka ia dihadiri seramai 56 wakil OIC dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal mempengerusikannya.

Myanmar, negara majoriti penganut Buddha, menolak mengiktiraf Rohingya sebagai etnik minoriti di negaranya, sebaliknya menganggap mereka sebagai Bengali - atau pendatang haram dari negara jiran Bangladesh - walaupun ramai yang tinggal di negara itu sejak beberapa generasi.

Berlaku penghijrahan secara besar-besaran etnik Rohingya dari Rakhine, negeri di utara Myanmar selepas tentera melancarkan operasi pembersihan sambil menjejaki pemberontak di sebalik serangan maut pos keselamatan polis, tiga bulan lalu.

Pelarian minoriti Islam yang dianiaya di Bangladesh menceritakan kisah menakutkan berhubung tindakan pasukan keselamatan melakukan rogol beramai-ramai, membunuh dan seterusnya membakar kediaman mereka.

- Antarapos