Thu03232017

LAST_UPDATEThu, 23 Mar 2017 2pm

Russia Haramkan Rakyat Lahir Selepas 2015 Beli Rokok

MOSCOW: Russia akan mengharamkan rakyatnya yang dilahirkan selepas 2015 daripada membeli rokok, sebahagian usaha pihak berkuasa negara itu untuk menghapuskan tabiat merokok.

Rancangan yang mendapat sokongan Presiden Vladimir Putin itu akan menjadikan Russia negara pertama di dunia berusaha menghapuskan sama sekali penggunaan tembakau.

Ia sekali gus akan mengharamkan generasi masa depan Russia daripada merokok.

Hampir 400,000 rakyat Russia mati setiap tahun kerana tabiat itu.

Walaupun agensi berita Tass melaporkan, jumlah itu berkurangan daripada 41 peratus kepada 31 peratus sejak 10 tahun lalu, namun Putin dan penasihatnya amat berminat untuk mengikiskan tabiat itu yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi juga buruk kepada ekonomi negara itu.

Merokok secara tradisinya popular di Russia tetapi tembakau tidak ditanam di negara itu.

Sejak era Soviet, ia mengimport bahan itu dari Cuba, Georgia atau Asia Tengah.

Ketika ini, 51 peratus lelaki Russia merokok, berbanding hanya 17 peratus wanita.

Jika rancangan itu diteruskan, ia bermakna pada 2050 kelak, dengan kebanyakan perokok yang ada sekarang sudah mati, hanya segelintir rakyat Russia masih membeli rokok.

- Agensi