Thu08242017

LAST_UPDATEThu, 24 Aug 2017 9am

Bulan Dah Berusia 4.51 Bilion Tahun

CAPE CANAVERAL, AMERIKA SYARIKAT: Kajian terbaru daripada University of California Los Angeles mendapati bulan berusia 4.51 bilion tahun, lebih lama daripada dijangka sebelum ini.

Itu adalah jangkaan terbaru berdasarkan kajian batu dan tanah dikumpul oleh angkasawan Apollo 14 pada 1971.

Pasukan penyelidik melaporkan semalam, bulan dijangka dibentuk dalam tempoh 60 juta tahun selepas kewujudan sistem suria.

Ia lebih lama daripada jangkaan sebelum itu iaitu di antara 100 juta hingga 200 juta tahun selepas kewujudan sistem suria.

Jangkaan itu dibuat selepas ahli sains menjalankan pentarikhan uranium-plumbum pada cebisan mineral zirkon daripada sampel misi Apollo 14 ke bulan.

Cebisan zirkon itu sekecil sebutir pasir.

Penulis utama kajian itu, Melanie Barboni berkata, pengetahuan usia bulan adalah kunci untuk memahami pembentukan dan evolusi Bumi.

- Harian Metro