Wed10012014

LAST_UPDATEWed, 01 Oct 2014 10pm

Mohon Cuti Untuk Berniaga di Bulan Ramadan

Ramai peniaga yang mengambil peluang untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan/Pic:biz.comRamai peniaga yang mengambil peluang untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan/Pic:biz.comLELONG, lelong… Air 3 bungkus enam ringgit, satu bungkus dua ringgit”.

Itu suara yang sering kali anda akan dengar apabila menjejakkan kaki ke bazar Ramadan. Telatah dan gelagat peniaga mencari rezeki sangat mencuit hati. Namun, lagi mencuit hati adalah karenah pembeli yang rambang mata setiap kali berkunjung ke bazar.

Apa tidaknya, terlalu banyak pilihan yang ditawarkan oleh para peniaga dan penjaja di lokasi bazar Ramadan. Yang terkejut, ada juga dalam kalangan selebriti Malaysia yang turut tidak terlepas untuk merebut peluang berniaga di bulan Ramadan dan antara lokasi tumpuan umum ialah di Bukit Bintang.

Capal 'Jago' yang unik mendapat sambutan yang mengalakkan setiap tahun/Pic:facebookCapal 'Jago' yang unik mendapat sambutan yang mengalakkan setiap tahun/Pic:facebookSecara ringkasnya, beginilah gambaran semasa bulan puasa. Selain ia sebagai bulan beribadat bagi umat Islam, Ramadan turut dilihat sebagai pesta makanan dan lubuk mencari rezeki kepada para peniaga samada menawarkan juadah berbuka puasa mahupun persiapan menjelang hari raya Aidilfitri.

Yang menariknya, ada antara mereka yang sanggup untuk mengambil cuti daripada pekerjaan tetap mereka semata-mata untuk berniaga di bulan Ramadan.

MalaysianDigest berkesempatan untuk menemubual beberapa peniaga yang ‘berehat’ seketika daripada pekerjaan tetap mereka untuk berniaga di bulan Ramadan.

Untung Dan Ingin Kembangkan Perniagaan

Amirol Rosdi, 24, bekerja sebagai Juruteknik di sebuah kilang di Pulau Pinang sanggup untuk mengambil cuti sementara bagi menguruskan perniagaannya sepanjang bulan Ramadan ini.

Amirol yang mula berkecimpung dalam dunia perniagaan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata, beliau membuat keputusan untuk mengambil cuti daripada pekerjaan tetapnya bagi memberi fokus sepenuhnya kepada bisnes di bulan puasa.Amirol Rosdi sanggup mengambil cuti sementara untuk berniaga di bulan Ramadan/Pic:FacebookAmirol Rosdi sanggup mengambil cuti sementara untuk berniaga di bulan Ramadan/Pic:Facebook

“Permintaan setiap tahun meningkat, jadi untuk mengelakkan saya kelam kabut, saya memohon cuti untuk memberi perhatian kepada perniagaan pada bulan puasa. Namun, ia bergantung kepada ‘man power’ (sumber manusia) di syarikat saya dan biasanya saya memohon awal agar diluluskan,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Bercakap menggunakan loghat utara , Amirol yang sangat meminati bidang perniagaan berkata, perniagaan capal dan songkok yang diusahakan kini merupakan warisan keluarga. Tambahnya, tapak capal 'Jago' yang diperbuat daripada kulit lembu menjadikan produk tersebut sangat unik dan sering mendapat permintaan ramai.

“Tahun ini kami cuba kembangkan perniagaan ke Uptown Cheras (Selangor) kerana kebiasaannya hanya tertumpu di Pulau Penang sahaja. Harga yang kami tawarkan adalah berdasarkan kategori iaitu kanak-kanak antara RM29 hingga RM39 manakala dewasa pula dari RM99 hingga RM120.

“Persediaan sudah dilakukan dua bulan awal dari segi tinjauan lokasi, pengambilan tempahan, iklan dan sebagainya. Rasanya… Uptown akan lebih menguntungkan,” katanya yang tidak menafikan pelbagai cabaran lain yang perlu dihadapi sepanjang berniaga di bulan Ramadan.

Tambahnya juga, apa yang menarik berniaga di bulan Ramadan ialah selain daripada mendapatkan sumber pendapatan, pada masa yang sama kita dapat melihat telatah pelanggan serta mengeratkaan sillaturrahim sesama masyarakat Islam.

Aneka kuih raya yang boleh didapati di gerai Hidayah/Pic:facebookAneka kuih raya yang boleh didapati di gerai Hidayah/Pic:facebookManakala Nur Hidayah Zakaria, 27, pembantu sumber manusia di sebuah syarikat di Ibu Kota, berkata, persiapan untuk berniaga di bulan Ramadan telah dilakukan sebulan sebelum menjelangnya puasa dan tidak mustahil sekiranya beliau akan berhenti kerja untuk memberi perhatian kepada perniagaannya.

“Setiap tahun pelanggan tetap saya akan menempah kuih raya. Jadi, lazimnnya 'tidak menang tangan (sangat menggalakkan)' dan kerana itu saya perlu berhenti kerja seketika.

“Saya masih lagi mencari pasaran untuk perniagaan saya dan bulan Ramadan adalah salah satu cara terbaik untuk saya kembangkan perniagaan ini meskipun masih baru bertapak dalam perniagaan.. dan tidak mustahil saya akan terus fokus kepada perniagaan suatu hari nanti,” katanya selamba yang kini berniaga di bazar di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Risiko Atau Raih Untung?

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah ketika dihubungi mD berkata, mereka yang memilih untuk berniaga dibulan Ramadan dilihat sebagai satu usaha yang efektif terutamanya kepada individu baharu yang ingin berjinak dalam bidang perniagaan.

Namun katanya, individu yang memilih untuk mengambil cuti sementara daripada pekerjaan asalnya disifatkan sebagai seorang yang berani berhadapan dengan risiko, samada meraih keuntungan ataupun sebaliknya.

“Saya berpendapat bulan Ramadan sebagai lubuk rezeki kepada peniaga, namun yang berhenti bekerja semata-mata untuk berniaga perlu merancang dengan bijak untuk memastikan bahawa mereka tidak menghadapi sebarang kesulitan di masa hadapan yakni kerugian.

“Perancangan yang dimaksudkan adalah dari segi pemilihan lokasi, apa yang ditawarkan dan perlu juga melihat kepada persaingan,” katanya kepada mD.

Bercakap sebagai seorang yang berpengalaman dalam menguruskan hal ehwal peniaga, Ridzuan bagaimanapun percaya bahawa individu yang ‘rehat’ sebentar daripada pekerjaan asalnya telahpun mendapat nasihat yang sepatutnya dan berpengalaman dalam bidang perniagaanSokongan KerajaanPresiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah/Pic:pertubuhanikhlasmalaysia.blogspot.comPresiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah/Pic:pertubuhanikhlasmalaysia.blogspot.com

Dalam pada itu, Ridzuan berkata, bagi menjamin pertumbuhan dalam kalangan peniaga-peniaga serta penjaja, sokongan kerajaan dilihat sebagai satu platform yang mampan dan perlu digerakkan secara adil agar semua pihak menerima bantuan tersebut sebagai satu sokongan.

Beliau mengulas mengenai skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan dengan peruntukan RM45 juta bagi memberi kemudahan pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil sempena bulan Ramadan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah melancarkan skim tersebut tanpa faedah yang memperuntukan modal sehingga RM3,000 kepada penjaja dan peniaga kecil bagi menjalankan perniagaan di bulan Ramadan.

Ridzuan berkata, skim yang ditawarkan oleh kerajaan adalah antara langkah-langkah yang perlu diperluaskan serta perlu dikaji pemberiannya bagi memastikan tiada peniaga yang terlepas pandang daripada menerima bantuan tersebut.

“Saya bukan ingin salahkan Perdana Menteri, namun berdasarkan statistik seramai 125,000 orang peniaga yang tidak berpeluang menerima bantuan sebegini sedangkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya menyasarkan seramai 15,000 peniaga sahaja.

“KPDNKK perlu lebih peka dalam meluluskan permohonan dan peruntukan kerajaan juga perlu dilihat berdasarkan bilangan sebenar penjaja dan peniaga dan bukan anggaran,” jelasnya .

Walaubagaimanapun, beliau memuji tindakan kerajaan sebagai satu usaha dalam membantu para peniaga dan penjaja.

Jom Ke Bazar!

Semestinya setiap tahun kita lihat pelbagai lokasi bazar yang bakal dikunjungi sepanjang sebulan Ramadan. Namun, di mana lokasi bazar menarik yang sering anda kunjungi.

Pada mereka yang masih tercari-cari lokasi untuk ke bazar Ramadan, mD sertakan beberapa destinasi sekitar Selangor yang boleh anda lawati berdasarkan sumber sebuah portal, Beritasemasa.com.

• Bazar Ramadan Semenyih, Selangor

• Bazar Ramadan Kajang Selangor

• Bazar Ramadan Subang Jaya Selangor

• Bazar Ramadan Shah Alam Selangor

• Bazar Ramadan Puchong Selangor

• Bazar Ramadan Kinrara Selangor

• Bazar Ramadan Serdang Selangor

• Bazar Ramadan Seri Kembangan Selangor

• Bazar Ramadan Cheras Kajang Selangor

• Bazar Ramadan Batu Caves Selangor


Salam Ramadan!

 

 

- mD