Wed07232014

LAST_UPDATEWed, 23 Jul 2014 9am

Sebutan Semula Kes 'Tuhan Harun' 28 Januari

KETUA kumpulan ajaran sesat Harun Mat Saat, 47 dan isterinya Azida Mohd Zol,30 (dua dari kanan) tiba di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk sebutan semula kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab Malek. /Pic: BH oleh Luqman Hakim ZubirKETUA kumpulan ajaran sesat Harun Mat Saat, 47 dan isterinya Azida Mohd Zol,30 (dua dari kanan) tiba di Mahkamah Tinggi Kuantan untuk sebutan semula kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab Malek. /Pic: BH oleh Luqman Hakim ZubirKUANTAN: Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi menetapkan 28 Januari ini sebagai sebutan semula kes ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 48, bersama tiga pengikutnya yang dituduh membunuh pegawai kanan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 10 November lalu.

 

Tiga Pengikut 'Tuhan Harun' Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah

KUANTAN: Tiga pengikut 'Tuhan Harun' menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki dokumen bertentangan hukum syarak.

Tertuduh, Husin Ismail, 44, Mohd Khalilie Zazali, 32, dan Mohd Nizam Mohd Salleh, 44, membuat pengakuan itu di depan Hakim Syarie, Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie.

Pada prosiding Mei lalu, ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 165 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

 

- Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sebutansemulakes_TuhanHarun_28Januari/Article/?bh