Tue12122017

LAST_UPDATEMon, 31 Dec 2012 11pm

Stacy Belum Kahwin Tapi Sudah Ada Anak?

.

 

Dalam diam-diam, rupa-rupanya penyanyi ligat lagi lincah Stacy, 21, mempunyai seorang anak perempuan. Menguatkan lagi kenyataan, apabila baru-baru ini gambarnya bersama seorang bayi tersebar di ruang blog hiburan tempatan. Apa cerita nie bah...? Belum kahwin dah ada anak ni?


Okay! Sebelum ada menyangka buruk terhadap penyanyi yang cukup popular dengan lagu Pakai Buang ni, sebetulnya bayi comel yang diberi nama Bella Valentina, adalah anak angkatnya.

 

.

 

Menurut sumber, anak angkat Stacy ni sebenarnya daripada keluarga yang susah dan tidak mampu untuk menjaga ramai anak.

Jadi, kerana itu Stacy mengambil keputusan dengan rela hati mahu memelihara bayi tersebut. Lagipun juara Akademi Fantasia (AF6) ni memang menyukai budak-budak. Harap-harap Stacy dapat menjaga anaknya itu dengan baik dan penuh kasih sayang. Mudah-mudahan kebajikan dan kehidupan masa depan Bella nanti akan lebih terjamin.

Berikut, beberapa keping lagi foto comel Bella.

 

.

 

.

 

.

 

- mD











 

 

 

 

 

 

 

 

Template Design Joomla